Tuesday, 11 June 2013

Beza Racer dan Gangster Jalanraya

Pesanan untuk pakcik yang berkopiah, berjubah, dan berjanggut panjang sejengkal.

Pakcik:
Pertama saya nak ucapkan takziah sebab kereta pakcik calar digesel lori.
Kedua saya nak ucapkan banyak-banyak bersabar.
Ketiga saya nak ucapkan padan muka sebab pakcik terlibat dengan kemalangan kecil itu.

Sebab,
pakcik sendiri yang mengundang kecelakaan itu.
Pakcik memandu tanpa rasa timbang rasa langsung. Umur dan penampilan pakcik bukanlah lesen untuk pakcik memandu secara celaka.

Saya faham, mungkin pakcik mengejar masa. Mungkin pakcik nak terberak.
Atau mungkin wayang yang pakcik dah beli tiket dah nak mula.
Tapi apa pun alasan dan sebab pakcik, bila jalanraya dan trafik sesak, memang tak ada cara lain kecuali bersabar.

Jadi, bila kereta pakcik digesel lori, dan pakcik keluar dari kereta untuuk bergaduh dan bertekak dengan pemandu lori tersebut, saya memang tak teringin langsung nak bantu pakcik.

Ini bukan hal Melayu taknak tolong Melayu.
Tapi ini lebih kepada hal sikap dan akibat.

Saya harap, pakcik dapat ambil pengajaran dan iktibar daripada insiden tersebut.
Semoga muka pakcik tak lebam dipukul pemandu lori, sebab saya tak sempat tengok habis drama yang pakcik hasilkan petang kelmarin.


..

1 comment:

tasekM said...

aku kdg kala meluat.
bila melihat org tua yg aku rasa... aku yg muda ni pun lagi matang dari dia.

tidak mengapalah.
sama2lah kita belajar tentang hidup.
dan kehidupan.


.