Sunday, 14 February 2016

Uzur

Sedang dilanda cemburu yang menggebu bila tengok orang lain seronok bersukan.Cuma mampu berharap mekanisme semulajadi badan dapat buat kerja dengan  pantas untuk sembuh.Aku rindu nak berpeluh.

Sunday, 6 July 2014

Kiasan


Hidup 
bagaikan berhadapan api di terik siang ketika Ramadhan.

Diri yang dalam menahan dahaga,
diri yang luar menahan marak dan bahang.

Dan terus bertahan.

Di penghujung siang setelah bertahan,
kau menemui nikmat infiniti dengan menikmati bandung soda sejuk.

Hidup tak selalu indah, 
jika mampu bertahan,
kau akan merasa nikmat di penghujung waktu. 

InsyaAllah.


..

Wednesday, 11 June 2014

Wednesday, 8 January 2014

Hakikat

Badan bagong,
muka ganas,
peri kasar:
...
tapi selagi namanya manusia,
tetap ada perasaan juga.

..

Thursday, 17 October 2013

Ikutan

Entah sudah kali ke berapa.

Buat blog tutup blog,
buat blog tutup blog,
buat blog tutup blog.

Inilah jadinya bila semangat dua minit je.

Memang langsung tak berdisiplin.
Apatah lagi beristiqamah.

Jahanam.


..

Wednesday, 7 August 2013

Dashboard Confessional

Pengakuan:

Tak pernah merasa teruja dengan Hari Raya.

Titik.

Selamat untuk kalian yang teruja,
dan hi-five untuk yang berperasaan sama dengan aku.