Monday, 22 July 2013

Kopi-O Talipon

Lepas waktu bekerja,
kawan-kawan ajak lepak-duduk-minum di kedai mapley.

Sebagai seorang orang baru yang tak pernah lepak minum bersama,
aku bersetuju untuk lepak-duduk-minum di kedai mapley.

Sampai kedai mapley,
borak ringan-ringan sebelum masing-masing keluarkan talipon canggih masing-masing.

Sampai ke sudah,
borak entah ke mana,
sebab masing-masing ralit dengan talipon masing-masing.

Memang sekali je la aku "lepak-duduk-minum" dengan diorang.
Lepak-duduk-minum kepala bana dia.


..

2 comments:

tasekM said...

yg lagi sedih bila lepak2 di kedai mamak.
bapak pandang talipon.
mak pandang talipon.
anak2 pandang talipon.

alahai...


.

tasekM said...

selamat berpuasa adek!!


.