Sejak dari sekolah rendah kami sudah berkawan.
Dahulu, banyak benda yang kami buat bersama,
sehinggalah kami membawa haluan hidup masing-masing.
Dia meneruskan minat dalam seni musik,
manakala saya meneruskan hidup dengan sukan.
Sejak dari itu, kami sudah sangat jarang berhubungan,
apatah lagi berjumpa.
Kali terakhir kami beraya bersama adalah pada tahun 2009.
Itu pun secara kebetulan.
Tapi tak apalah, kerana yang penting ialah kami dapat berjumpa.
Sehinggalah pada suatu subuh, saya dikejutkan dengan berita kematian dia.
Dia maut dalam kemalangan jalanraya.
Untuk setelah sekian lama,
pada tengahari hari yang sama,
kami berjumpa lagi.
Ramai kawan-kawan lama juga turut serta.
Kami berjumpa dan berkumpul,
tapi dalam suasana yang hiba.
Kami berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dia,
yang banyak memberi pengalaman dan inspirasi kepada kami.
Jenaka pada hari itu ialah:
"Bila lagi kita nak berkumpul?Kami masing-masing tersengih tawar dengan mata masing-masing digenangi air.
Tunggulah sampai ada yang mati".
Dan bermula hari itu juga saya buat empat entri tribute untuk beliau selama empat hari berturut-turut.
Sebenarnya,
hari ini ulangtahun kelahiran arwah.
Saya tak tau nak ucap apa.
Saya cuma berharap dia baik-baik sahaja di alam sana.
..
Tribute 1
Tribute 2
Tribute 3
2 comments:
Al fatihah.
Begitu2 lah kita. Akan berkumpul ketika hidup(kenduri kawin) atau ketika ada kematian.
Ya.
Cara hidup membuat kita terpisah,
penghujung jalan buat kita bertaut.
Post a Comment