Monday, 25 February 2013

Upside Down

Sebagai manusia biasa,
yang terlalu biasa
pada gaya hidupnya
pada arah tujunya
pada segala gerak gerinya,
akan selalu dipermainkan
oleh hidup yang terlalu banyak bercanda.

Suatu masa,
akan melambung-lambung semangatnya.

Suatu masa yang lain,
bagai diinjak-injak pundak ke tanah.

Hakikatnya,
kita semua hidup dengan kitaran yang sama.
Tak selalu kita bergembira,
dan tak selalu kita berduka.

C'est la vie.

Jatuh bangun dan kuat lemah,
kita sendiri yang pilih.
Sama ada terus terpuruk selepas jatuh,
atau bangkit dan terus mara.
Pilihan masing-masing.




Video tiada kena mengena.

Cuma rasa seronok bila Chris tanya,
"everybody ok?"

Kamu ok?
Aku kurang ok.
Moral telah terjatuh ke gaung dalam.

Nanti-nanti aku kutip balik.
Sekarang sedang penat.


..

2 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

Moral? Orang melihatnya sebagai subjektif.

Moral ukurlah dengan kayu ukur pegangan agama kita.

Aku kadang rasa kurang beretika membaca blog ketika berkerja.

Kemudian tulis pula sepatah dua kata.

tasekM said...

aku tak ok.
walau nampak macam ok.


.