Monday 18 February 2013

Ular Berair

[Prolog]

Aku mendongak menengok langit. Bintang-bintang banyak menampakkan diri.

Jadi, aku pejam mata dan berfantasi,
kalau-kalau ada naga berapi dan phoenix berkejar-kejaran di dada langit.

Lama aku mendongak, sampai lenguh tengkuk. Naga dan phoenix tak muncul-muncul.
Yang ada cuma percikan bunga api yang cantik, dan saling bersahutan.
Aku jadi suka.

Jalanraya jadi berkabut, dan bau belerang mengapung.

Aku makin suka.
Aku jadi teruja.

Nyaris inzal.

***** *** ***** *** ***** *** *****

[Epilog]

Tujuh hari dah berlalu.

Malam tadi,
langit suram sekali lagi diterangi dengan pancutan bunga api.
[Ya, aku gunakan pancutan, bukan percikan. Kerana percikan terlalu mainstream, dan pancutan kedengaran lebih kinky]

Pum-pam-pum-pam di tengah malam.
Laaaaaaamaaaaaa.

Dalam fantasi aku,
ada seorang pakcik tua yang keluar rumah berkain pelekat dan bertelanjang dada menjerit-jerit marah kerana bising mercun sambil menghayun-hayunkan parang.

Tapi langsung tak terjadi.

Aku sengih melebar.
Sebab high dengan bau belerang,
dan sedar kejiranan aku masih bertoleransi dan saling menghormati.

Syukur.


.. 

3 comments:

tasekM said...

gear dua dh masuk.
aku mahukan tulisan2 kamu yg sebegini.
dan yg lebih jiwa2.





this is my suparjo.


.

Lily Abdullah said...

Yes, aku pun suka :)

Tapi sekarang aku hilang skill nak tulis begini lagi.

Barangkali sudah kurang membaca.

Haih!

(mata aku makin rabun sejak excident temphari.)

Brader Black said...

Kak Tas
Hah! Aku menulis suka-suka je kak, macam biasa-biasa.
Tak mustahil nanti aku akan tutup blog lagi.

Kak Mar
Kau eksiden apa kak?